Tuesday, August 17, 2010

Nasi Goreng Cendawan Halia Ala Belasah




Teringin nak makan nasik goreng so aku pun masak la nasik goreng cendawan halia. Aku letak nama cendawan halia sebab aku campur cendawan dan halia dalam nasik tu. Hehehe...

Ala... sendiri nak makan belasah je campak apa yang berkenan kat dalam kuali tu kan. Yang penting ada basic bawang putih dan bawang merah tu. Yang lain2 tu belasah je. Ahaks

Ni nak kongsi resepinya

Nasi Goreng cendawan Halia

Bahan2nya

Nasi
Cendawan tiram
Ayam (amik bahagian daging dan potong kecik2)
Bawang putih (hiris)
Bawang merah (hiris)
Halia (potong halus panjang)
Lada sulah
Sos tiram
Sosej (potong nipis dan rebus)
Capsicum ( potong memanjang dan rebus)
Daun parsley
Minyak bijan
Minyak untuk menumis

Cara2nya

Panaskan minyak dengan api sederhana
Tumiskan bawang putih
Kemudian masukkan halia
Bila dah naik bau, masukkan bawang merah
Bila bawang merah dah layu, masukkan ayam
Taburkan garam secukup rasa dan juga lada sulah
Kemudian masukkan cendawan, gaulkan
Bila air cendawan dah agak kering, masukkan sos tiram
Kemudian masukkan nasik, gaulkan
Biarkan seketika dan renjiskan minyak bijan sebelum padamkan api.
Kemudian buleh dimasukkan ke dalam pinggan.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan susunan capsicum, sosej dan daun parsley
Tara... nasik goreng siap untuk dimakan.

Cuba la, halia tu menghilangkan hanyir ayam. Capsicum tu tak pedas so kalau sukakan rasa yang pedas, tambahkan sos sewaktu nak makan ataupun lebihkan lada sulah semasa memasak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...