Sunday, November 27, 2011

Makaroni Goreng Lada Hitam Bersos Tiram Ala Belasah


Bahan-bahan:

Makaroni - rebus hingga lembut
Bawang putih - hiris lumat
Udang kering
Lada hitam (serbuk kasar)
Sos tiram
Tomato - potong dadu
Lobak merah - potong dadu
Putik jagung - potong bulat
Garam

Cara membuatnya:

Tumis bawang sampai naik bau
Masukkan udang kering, goreng sekejap
Masukkan sos tiram dan garam secukup rasa
Masukkan lobak merah dan putik jagung
Masukkan makaroni, gaul rata
Masukkan tomato, gaul sekejap dan angkat
Hiaskan dengan timun jepun, salad dan bawang besar yang dipotong bulat
Sedia untuk dimakan

Friday, August 5, 2011

Pancake aka Lempeng Manis





Rupanya buruk sahaja tetapi rasanya boleh tahan. Hehehehe... Kongsikan resepinya.


Bahan-bahan:

Tepung gandum

Telur

Garam

Gula

Susu segar

Baking powder

Butter (dicairkan)


Cara Membuatnya:

1. Blend telur dan gula sampai kembang.

2. Masukkan susu segar. Blend lagi.

3. Masukkan tepung gandum dan baking powder (ayak bersama) ke dalam bancuhan susu.

4. Masukkan garam dan butter. Blend lagi.

5. Panaskan kuali

6. Masukkan sesenduk bancuhan ke dalam kuali.

7. Bila sudah timbul buih, bolehlah diterbalikkan.

8. Agak-agak bahagian bawah sudah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan

** boleh dimakan dengan madu ataupun syrup yang disukai.

Thursday, August 4, 2011

Puding Roti First Try Ala Belasah




Bahan-bahannya:

Bahan A

Roti Gardenia (ikut resipi di internet guna 6 keping roti tp saya pakai 10 keping)

Susu segar (ikut resipi 500ml tp saya dah masukkan 500ml pastu susu tu tumpah, so saya belasah aje letak lagi 200ml menggantikan susu yang tertumpah tu)

Bahan B

2 sudu besar mentega (dicairkan)

2 biji telur ayam

2 sudu besar gula halus

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu besar tepung jagung

* kalau ikut resipi, ada pilihan sama ada nak letak serbuk kulit kayu manis dan buah pala tapi saya tak letak pun dalam masakan saya.

Bahan C (sos kastard)

2 sudu besar tepung kastard

2 sudu besar gula halus

1 tin susu cair


Cara membuatnya:



1. Roti dicarik-carik dan dimasukkan ke dalam loyang

2. Masukkan susu segar dan biarkan terendam selama setengah jam



3. Campurkan bahan C dan tuangkan ke dalam roti yang sudah kembang

4. Masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan



5. Masak dengan suhu 190 darjah Celcius selama 35 minit (ikut resipi, suhu 180 darjah Celcius selama 30 minit)

6. Selepas masak, biarkan sejuk di dalam suhu bilik seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.



7. Untuk sos kastard, campurkan semua bahan C dan masakkan sebentar di atas dapur gas.

8. Tuangkan di atas puding roti yang sudah sejuk ketika hendak makan.

Friday, May 20, 2011

Sambal Ketam Ala Belasah



Bahan-bahannya :

Beberapa ekor ketam, bersihkan dan potong dua
Cili kisar
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit serbuk
Garam
Gula
Asam jawa (saya pakai pati asam jawa adabi)
Ajinomoto
Minyak masak

Cara membuatnya :

Gaulkan ketam yang sudah siap dipotong dua dengan garam dan kunyit serbuk
Gorengkan hingga garing
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama halia
Bila dah naik bau, masukkan bawang merah, tumis hingga layu
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak
Masukkan pati asam jawa, garam, gula dan ajinomoto
Masukkan ketam yang telah digoreng ke dalam bahan tumisan, gaul sebati
Bila bahan tumisan dan sebati, padamkan api.

Sambal Tauhu Berkucai



Bahan-bahannya :

Tauhu putih
Daun kucai
Ikan bilis
Cili padi
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit serbuk
Garam
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya :

Tauhu putih dipotong dadu (3x3), basuh, gaul dengan garam serta kunyit serbuk dan goreng hingga kuning
Kurangkan minyak goreng tauhu, tinggalkan sedikit untuk menumis
Tumiskan ikan bilis dahulu, dah garing sedikit masukkan bawang putih dan merah
Bila bawang dah layu, masukkan cili padi, tumis hingga masak
Perisakan dengan garam dan ajinomoto (ikut suka)
Masukkan tauhu yang sudah digoreng tadi, gaul rata dan biarkan masuk rasa bahan dengan tauhu
Masukkan kucai, gaul sekejap dan padamkan api.

Tuesday, May 10, 2011

Asam Pedas Ikan Patin Ala Belasah





Bahan-bahan

Ikan patin
Asam Jawa
*Bawang Putih
*Bawang Merah
*Kunyit hidup
*Lengkuas
Cili kering yang dikisar
Serai
Tomato
Bendi
Garam
Gula
Air
Minyak

Cara membuatnya

Basuh bersih ikan patin dan rendam seketika dengan asam limau
Tumbuk bahan bertanda * dan titikkan serai
Panaskan minyak, tumiskan bahan yang ditumbuk + serai + cili kering hingga naik bau
Masukkan asam jawa yang sudah dibancuhkan dalam air (saya guna pati asam jawa adabi)
Biarkan air mendidih
Masukkan bendi dan tomato
Masukkan ikan patin, garam dan gula
Biarkan hingga masak.

pssttt... kalau nak tambah daun kesom dan bunga kantan adalah dialu-alukan. Hehehe... Dalam rumah saya tak ada dua benda tu, so guna yang ada ajelah. Itu pasal dipanggil ala belasah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...