Tuesday, August 17, 2010

Lempeng Bertelur Dan Sambal Bilis Ala Belasah




Tetiba je rasa teringin nak makan lempeng lepas tengok posting kekawan kat forum. Jadik, kat umah aku pun merajinkan diri ke dapur buat lempeng. Kebiasaannya, kalau orang buat lempeng, just guna tepung gandum, garam dan air je kan. Tapi aku punya lempeng, aku kasi tambah telur. Baru la lembut dan lemak rasanya.

Aku perturunkan resepi lempeng bertelur aku ni. Hehehe.....

Bahan2nya adalah.....

5 sudu makan tepung gandum
1 biji telur ayam ( tak kira la gred apa pun )
Cheese ( tabur atas lempeng selepas diangkat )
air untuk membancuh
garam secukup rasa
marjerin untuk menggoreng

Cara2nya adalah.....

Pecahkan telur dan masukkan ke dalam tepung.
Taburkan garam ke dalam campuran telur dan tepung.
Masukkan air sedikit demi sedikit ( bukan apa.. takut terlebih air, lembik lak nanti )
Panaskan kuali leper.
Cairkan marjerin atas kuali tersebut.
Canaikan bancuhan tepung di atas kuali.
Balik2kan agar sama rata masak ke dua2 belah. (gunakan api sederhana agar lempeng agak garing )
Bila lempeng dah masak, angkat dan letakkan di dalam pinggan.
Kemudian, taburkan cheese ke atasnya.
Akhirnya... boleh la dimakan bersama sambal bilis atau apa jua pencicah yang kita suka.

Senang je kan nak buat lempeng. Hehehe...

1 comments:

Heaven said...

Boleh cuba ni... hehehe.. thanx bg idea ni..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...