Thursday, February 28, 2013

Ikan Jenahak Masak Kicap


Dah lama rasanya tak berkongsi masakan di masakalabelasah ni. Malam ni tak tahu nak masak apa. Buka peti sejuk nampak ada ikan jenahak dah beku dalam freezer. Keluarkan dari freezer, tak tahu pula ikan tu sesuai dimasak apa. Ye la, tak pernah seumur hidup masak ikan ni.

Resipi ni saya rembat dalam internet juga. Lawak juga bila nak masak kicap pun cari resipi. Hehe.. Jangan salah sangka. Saya cuma mencari maklumat tentang kesesuaian ikan ini untuk dimasak yang bagaimana. Cari-cari terjumpa satu blog, gambarnya sangat menarik dan tengok bahan-bahannya sempoi aje. 

Apa lagi, cari-cari bahan, sebahagian ada pula dalam rumah ni. Maka akhirnya, tambah tolak bahan-bahan yang ada berbanding resipi, akhirnya jadi la seperti gambar di atas. Sedap juga masak macam ni, ada pedas, masam, masin dan manis.

Ikan Jenahak Masak Kicap

Bahan-bahan
 
Ikan jenahak
Kicap pekat (resipi kata kicap je)
Tomato puri (resipi kata pakai sos tomato)
Cili kisar
Cili hijau (ikut resipi guna yang merah tapi dalam peti sejuk ada hijau aje)
Minyak masak
Garam
Kunyit
Serbuk perisa
Gula
Tomato (saya tambah ikut suka)
Halia (saya tambah)
Bawang putih (saya tambah)
Bawang besar
Air

Cara Memasak

1. Ikan dilumur garam dan kunyit lalu digoreng garing
2. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang putih dan halia sampai naik bau
3. Masukkan cili kisar dan goreng sampai pecah minyak
4. Kicap pekat dan tomato puri dibancuh dengan air (nak ada kuah letak lebih air) dan masukkan dalam bahan tumis. 
5. Masukkan garam, gula dan serbuk perisa. Biarkan mendidih.
6. Masukkan tomato dan cili hijau yang dipotong ikut suka.
7. Masukkan ikan yang sudah digoreng dan gaul rata.
8. Masukkan bawang besar yang dimayang bulat, gaulkan dan biarkan seketika.
9. Apabila bawang sudah nampak layu sedikit, padamkan api, masukkan ke dalam bekas dan hidangkan.


1 comments:

شركة المثالية said...


شركة تنظيف منازل بالجبيل افضل شركة خدمات منزلية بالجبيل نظافة شاملة مع التعقيم والتلميع وابادة الحشرات شركة تنظيف بالجبيل شركة المثالية هي افضل شركة نظافة بالجبيل والمنطقة الشرقية تقدم لعملائها افضل جودة وارخص الاسعار بالاضافة الي تقديم الخدمات من خلال عمالة مدربة وذات خبرة كبيرة بمجالات التنظيف ومكافحة الحشرات , فلا تتردد في الاتصال بشركة تنظيف بالجبيل للحصول علي كل ما هو مميز ولضمان الحصول علي منزل امن نظيف راقي خالي من المواد الضارة والميكروبات

شركة تنظيف منازل بالجبيل
شركة تنظيف بالجبيل

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...