Wednesday, August 25, 2010
Sosej Berlobak Masin Ala Belasah
Bahan-bahannya
Sosej ayam
Bawang putih
Bawang besar
Cili besar (hijau)
Lobak masin
Tomato ceri
Garam
Minyak masak
Cara membuatnya
Tumiskan bawang putih
Bila dah naik bau masukkan bawang besar dan cili besar
Masukkan lobak masin
Masukkan sosej yang telah dihiris
Biarkan sosej masak sekejap
Masukkan garam dan kacau rata
Masukkan tomato ceri
Biarkan tomato ceri layu sedikit
Angkat dan hidangkan
Sosej Goreng Halia Ala Belasah
Bahan-bahannya
Sosej ayam
Bawang putih
Bawang besar
Cili besar (hijau)
Tomato ceri
Halia
Sos tiram
Garam
Minyak masak
Cara membuatnya
Tumis bawang putih dan halia
Bila dah naik bau masukkan cili besar dan bawang besar
Masukkan sosej yang sudah dihiris
Masukkan sos tiram dan garam
Biarkan sosej masak
Masukkan tomato ceri dan biarkan layu sikit
Bolehlah diangkat dan dihidangkan
Tuesday, August 17, 2010
Nasi Goreng Kentang Dadu Masyukkkk Ala Belasah
Nasi goreng ni baru je masak. Masih panas di dalam kuali. ekeke...
Resepi dia mudah je. Ada kat bawah nih....
Nasi goreng kentang dadu masyukkk
Bahan2 :
Nasi
2 biji kentang dipotong dadu
seulas bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
ikan bilis - kisar
5 ulas cili kering - kisar
garam dan ajinomoto
minyak untuk menumis
cara2 :
1. Panaskan minyak dengan api sederhana.
2. Tumiskan bahan kisar sampai naik minyak.
3. Masukkan kentang. Biarkan sampai empuk. (nak cepat empuk, tutup la kejap)
4. Bila kentang dah empuk, masukkan garam dan ajinomoto secukupnya.
5. Masukkan nasi dan gaulkan rata.
6. Biarkan seketika dan nasi goreng sedia untuk dimakan.
Erm... Aku ni memang suka memasak la walaupun masakan aku tak sedap. Ekeke... Aku sebenarnya suka mencuba dan alhamdulillah setakat ni masakan aku menjadik je. Ada lagi sebenarnya yang aku teringin nak cuba tapi lum ada rezeki nak realisasikan. Aku teringin nak buat lamb chop. Nanti aku carik resepi dulu dalam internet pastu aku try buat. Ekeke...
Spageti Belasah Masyukkkk
Kuah spagetti ni takde la masam sangat. Okay la bagi tekak melayu. Aku pertama kali makan kuah macam ni kat umah Kaklong. Aku rasa sedap pulak. Tak masam tak pedas. sedang2 je rasanya. Aku pun tanya2 la kat Kaklong resepinya. Kata Kaklong senang sangat nak buat kuahnya. Kita cuma perlu bawang besar yang didadu, bawang putih yang dicincang, daging kisar, cendawan butang yang dalam tin pun dah ok dah, sos spagetti kimball dan sedikit air. Lepas tu lebur2 je la ramuan tu dalam kuali.
Masak Lemak Talapia Merah Ala Belasah
Resepinya senang je. Aku masak sumer resepi belasah. Asalkan sedap kat tekak aku jadi la.
Bahan2nya
Ikan Talapia - ikut suka nak berapa ekor.
Tomato - 3 biji (sebiji belah 4)
Kelapa - sebiji (perah amik santannya)
Cili api - 17 biji. (kalau nak pedas letak la lebih)
Serai - 2 batang
Kunyit
Garam
Cara2nya
1. Ikan dibasuh bersih dan digaulkan garam dan kunyit
2. Gorengkan ikan tersebut terlebih dahulu
3. Tumbukkan cili sampai lumat kemudian masukkan serai dan titikkan.
4. Masukkan cili serai ke dalam periuk dan tambahkan santan.
5. Biarkan mendidih atas api kecil.
6. Masukkan jugak kunyit ke dalam didihan santan untuk warna kuning.
7. Kemudian bila santan da agak pecah minyak masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
8. Masukkan garam secukupnya.
9. Kemudian bila kuah dah agak kurang, santan dah semakin pecah minyak maknanya
kuah dah betul2 masak, masukkan tomato.
10. Biarkan sampai tomato nampak lembut dan boleh la diangkat untuk dihidangkan.
Lempeng Bertelur Dan Sambal Bilis Ala Belasah
Tetiba je rasa teringin nak makan lempeng lepas tengok posting kekawan kat forum. Jadik, kat umah aku pun merajinkan diri ke dapur buat lempeng. Kebiasaannya, kalau orang buat lempeng, just guna tepung gandum, garam dan air je kan. Tapi aku punya lempeng, aku kasi tambah telur. Baru la lembut dan lemak rasanya.
Aku perturunkan resepi lempeng bertelur aku ni. Hehehe.....
Bahan2nya adalah.....
5 sudu makan tepung gandum
1 biji telur ayam ( tak kira la gred apa pun )
Cheese ( tabur atas lempeng selepas diangkat )
air untuk membancuh
garam secukup rasa
marjerin untuk menggoreng
Cara2nya adalah.....
Pecahkan telur dan masukkan ke dalam tepung.
Taburkan garam ke dalam campuran telur dan tepung.
Masukkan air sedikit demi sedikit ( bukan apa.. takut terlebih air, lembik lak nanti )
Panaskan kuali leper.
Cairkan marjerin atas kuali tersebut.
Canaikan bancuhan tepung di atas kuali.
Balik2kan agar sama rata masak ke dua2 belah. (gunakan api sederhana agar lempeng agak garing )
Bila lempeng dah masak, angkat dan letakkan di dalam pinggan.
Kemudian, taburkan cheese ke atasnya.
Akhirnya... boleh la dimakan bersama sambal bilis atau apa jua pencicah yang kita suka.
Senang je kan nak buat lempeng. Hehehe...
Gulai Labu Ala Belasah
Resepi gulai labu yang sangat simple ni mungkin tak sama dengan resepi orang lain tapi kalau untuk nak lepaskan tekak sendiri aku rasa dah ok dah camni. Tapi yang kat gambar atas ni bukan la aku yang masak. Hehe.. Aku dera adik aku masak pastu aku supervise je. Aku suruh dia perah santan sendiri, pastu aku suruh dia masak sendiri. Memula dia mintak tolong aku perahkan santan tapi aku tanak. Aku bagi dia chance buat sendiri. Kalau tak belajar, bila nak pandainya kan...
Bahan2 untuk resepi gulai labu ni... (mcm biasa la takde sukatan sbb sumer masak main lempar je)
Labu
Santan kelapa
Serai
Bawang merah sikit
Garam secukup rasa
Cara2nya....
Buang kulit labu dan potong dadu
Basuh dan toskan
Amik serai, titikkan
Amik pulak bawang merah, hiris.
Perahkan kelapa dan amik santannya.
Kemudian, masukkan bawang merah, serai dan santan kelapa ke dalam kuali. (nak masukkan dalam periuk pun boleh jugak. ikut suka kita je)
Masakkan campuran bahan tu di atas api sederhana, sentiasa la kacau (gaul) untuk mengelakkan santan berketul.
Bila dah mendidih sikit, masukkan labu.
Kemudian bila labu dah agak empuk, masukkan garam secukup rasa.
Biarkan kuah agak pekat baru la diangkat dan boleh la dihidangkan.
Hurm... senang sangat kan resepi ni. Sempoi. Sesuai untuk orang yang tak tahan pedas. Hehehe... sebabnya masakan ni tak menggunakan cili sedikit pun. Masa dah masak tu adik aku ada cakap kat aku yang dia letak garam banyak tapi tak masin. Dia rasa pelik sikit. Hehehe... jawapan bagi soalan dia tu aku bagi yang mudah je. Aku cakap kat dia yang santan kelapa tu lemak, so kena la lebih garam tuk lawan rasa lemak tu. Ahaks. Sesuka aku je bagi teori kan.
Nasi Goreng Cendawan Halia Ala Belasah
Teringin nak makan nasik goreng so aku pun masak la nasik goreng cendawan halia. Aku letak nama cendawan halia sebab aku campur cendawan dan halia dalam nasik tu. Hehehe...
Ala... sendiri nak makan belasah je campak apa yang berkenan kat dalam kuali tu kan. Yang penting ada basic bawang putih dan bawang merah tu. Yang lain2 tu belasah je. Ahaks
Ni nak kongsi resepinya
Nasi Goreng cendawan Halia
Bahan2nya
Nasi
Cendawan tiram
Ayam (amik bahagian daging dan potong kecik2)
Bawang putih (hiris)
Bawang merah (hiris)
Halia (potong halus panjang)
Lada sulah
Sos tiram
Sosej (potong nipis dan rebus)
Capsicum ( potong memanjang dan rebus)
Daun parsley
Minyak bijan
Minyak untuk menumis
Cara2nya
Panaskan minyak dengan api sederhana
Tumiskan bawang putih
Kemudian masukkan halia
Bila dah naik bau, masukkan bawang merah
Bila bawang merah dah layu, masukkan ayam
Taburkan garam secukup rasa dan juga lada sulah
Kemudian masukkan cendawan, gaulkan
Bila air cendawan dah agak kering, masukkan sos tiram
Kemudian masukkan nasik, gaulkan
Biarkan seketika dan renjiskan minyak bijan sebelum padamkan api.
Kemudian buleh dimasukkan ke dalam pinggan.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan susunan capsicum, sosej dan daun parsley
Tara... nasik goreng siap untuk dimakan.
Cuba la, halia tu menghilangkan hanyir ayam. Capsicum tu tak pedas so kalau sukakan rasa yang pedas, tambahkan sos sewaktu nak makan ataupun lebihkan lada sulah semasa memasak.
Mamee Perisa Itik Ala Belasah
Meh share resepi ni....
Bahan²nya
Mamee perisa itik
Coctail cendawan
Cendawan tiram
Capsicum
Carrot
Kacang buncis
Cauliflower
Brokoli
Bawang putih (dititik)
Garam skit
Minyak untuk menumis
Air untuk kuah
Cara²nya
Panaskan minyak dengan api sederhana
Tumis bawang putih
Masukkan sayur mayur tu bila bawang putih da naik bau
Masukkan air
Masukkan coctail cendawan tu
Kemudian masukkan perisa mamee tu dan tambah sikit garam
Bila dah mendidih, masukkan mamee
Biarkan mamee tu lembut dan boleh la diangkat tuk dihidangkan
Sayur Campur Ala Belasah
Kongsi resepi sayur campur belasah.....
Bahan²nya
Bawang putih (dititik)
Udang kering
Cendawan tiram
Brokoli
Cauliflower
Kacang buncis
Capsicum merah dan hijau
Carrot
Sos tiram
Garam
Minyak masak
Cara² membuatnya
Panaskan minyak dengan api sederhana
Tumiskan bawang putih
Bila dah naik bau, masukkan udang kering
Masukkan sayur²an tu semua
Gaulkan dan biarkan kejap
Kemudian masukkan sos tiram dan garam secukup rasa
Gaulkan dan tutup sekejap
Kemudian boleh la padamkan api dan masukkan dalam piring untuk hidangan.
Sempoi je kan resepi ni. Hehehe... Sebenarnya inilah cara masakan orang malas cam aku. So kalau korang rasa korang pun malas cam aku, leh ar korang try. Tapi kalau korang rajin, jangan la cuba. Takut tak kena ngan selera korang pulak. Ahaks...
Ayam Goreng Nenas Ala Belasah
Bahan2nya.....( takde sukatan yg spesifik sbb sumer main lempar ikut suka je)
Ayam
Tomato
Nenas dalam tin (lau nak guna nenas biasa sebijik2 pun buleh tp amik la yg jenis manis)
Bawang putih
Bawang besar
Cili hijau
Halia (amik dalam 2 inci sbb nak hiris panjang2)
Garam
Minyak bijan
Minyak untuk menumis
Cara2nya.....
Cuci ayam dan toskan.
Kemudian gaulkan dgn garam dan kunyit. Gorengkan.
Bila ayam dah masak, angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak untuk menumis, takyah banyak sangat.
Tumiskan bawang putih dan halia,kemudian masukkan cili hijau.
Masukkan bawang besar.
Bila bawang besar dah agak layu, masukkan nenas.
Tambahkan garam secukupnya.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul rata.
Masukkan tomato dan biarkan sekejap.
Akhir sekali, renjiskan beberapa titik minyak bijan.
Kemudian boleh la diangkat dan dihidangkan.
Spageti Sotong Ala Belasah
Bahan-bahannya
Spagetti
Sotong (potong bulat)
Coctail cendawan dan lada hitam (sosej yg kecik2 tu)
Bawang besar (potong dadu)
Bawang putih (dipotong halus)
Capsicum (aku guna yg hijau je, merah malas nak potong)
Mix vege
Cendawan butang (potong nipis)
Nenas (dlm tin)
Garam
Serbuk lada putih
Serbuk Lada Hitam (yg kasar sikit)
Minyak bijan
Minyak zaitun (untuk menumis)
Daun parsley
Cheese
Cara2nya
Rebus spagetti sampai lembut
Panaskan minyak zaitun dengan api sederhana
Tumiskan bawang putih sampai naik bau
Kemudian masukkan bawang merah dan capsicum
pastu masukkan lada hitam dan lada putih
Bila bawang dah agak layu, masukkan coctail cendawan dan lada hitam
Kemudian masukkan sotong.
Goreng sampai air sotong kering
Kemudian masukkan nenas, cendawan dan mix vege
Tambah garam secukupnya
Bila bahan dah sebati, masukkan spagetti
Goreng sekejap dan renjiskan minyak bijan
Padamkan api dan masukkan ke dalam pinggan
Sebelum dihidangkan buleh la letak daun parsley dan taburan cheese
Slice Mutton With Garlic Ginger Blackpepper Sauce (Ala Belasah)
Bahan²nya
Slice mutton
Fries
Brocoli
Capsicum merah
Carrot
Cauliflower
Cendawan butang (dlm tin)
Butter
Bahan perapan
Sos tiram
Lada sulah
Lada hitam
Serbuk oregano
Bahan sos
Lada hitam (yg tak berapa hancur)
Bawang putih
Halia
Air suam
Butter
Tepung jagung
Sos tiram
Cara² membuatnya
Perapkan slice mutton dengan bahan perapan. Ikut la berapa lama kita suka.
Cairkan butter dan goreng mutton yg dah diperap tu.
Bila dah masak, angkat dan masukkan dalam pinggan.
Goreng fries dan susunkan di sebelah slice mutton.
Celurkan sayur²an dan capsicum sekejap. Angkat dan masukkan dalam air ais.
Toskan dan susunkan di dalam pinggan yg sama.
Kemudian cairkan butter dalam kuali menggoreng slice mutton td.
Tumiskan bawang putih dan halia sampai naik bau.
Kemudian masukkan lada hitam.
Tambahkan sedikit air.
Masukkan sos tiram, goreng sekejap.
Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.
Kemudian boleh la dihidangkan.
Telur Dadar Ala Belasah
Bahan-bahannya
Telur
Lada api (nak pedas letak banyak)
Bawang besar
Garam
Minyak masak
Cara membuatnya
Potong lada api kecil-kecil
Bawang besar potong separuh bulat
Pecahkan telur dan campurkan dengan dua bahan di atas
Tambahkan garam dan pukul hingga kembang sikit
Panaskan minyak dan gorengkan
Pucuk Keledek Goreng Pedas Ala Belasah
Bahan-bahannya
Pucuk keledek
Lada api
Bawang putih
Garam
Serbuk pasti sedap Knorr
Minyak masak
Cara membuatnya
Basuh bersih-bersih pucuk keledek dan toskan
Lada api dan bawang putih ditumbuk
Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang ditumbuk
Bila cili dah nampak masak, masukkan garam dan serbuk pasti sedap Knorr
Masukkan pucuk keledek, gaul sebati
Biarkan hingga masak.
Sup Ayam Halia Berkentang Ala Belasah
Bahan-bahannya
Ayam
Lada api
Bawang putih
Halia
Kentang
Kiub ayam
Garam
Air
Minyak masak
Asam keping (jika suka)
Cara membuatnya
Ayam dipotong kecil, basuh bersih dan toskan
Hiris bawang putih dan halia
Panaskan minyak masak dan tumiskan hirisan bawang putih, halia dan lada api yang dibelah dua
Tumis hingga naik bau
Masukkan ayam dan biarkan separuh masak
Masukkan air dan kiub ayam
Masukkan kentang dan biarkan mendidih
Bila kentang dah agak lembut, masukkan garam dan asam keping
Biarkan mendidih sekejap
Kemudian angkat dan hidangkan
Popia Goreng Ala Belasah
Bahan-bahannya
Inti
Kulit popia
Ayam cincang
Sengkuang
Lobak merah
Bawang putih
Bawang merah
Lada sulah
Garam
Minyak masak
Sos
Bawang putih
Cili merah
Cili hijau
Cili api
Limau kasturi
Cara membuatnya
Basuh bersih ayam dan toskan
Sengkuang dan lobak merah diparut panjang
Bawang putih dan merah cincang halus
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan merah
Bila dah naik bau, masukkan ayam
Masak hingga ayam separuh masak, masukkan parutan sengkuang dan lobak merah
Masukkan garam dan lada sulah
Gaulkan sebati dan biarkan hingga masak.
Angkat dan toskan minyaknya sekejap sebelum digulung dalam kulit popia.
Gamkan kulit popia dengan bancuhan tepung gandum dan air
Kemudian bolehlah digoreng hingga kekuningan
Untuk sosnya, kisar semua cili dan bawang putih bersama air
Masukkan dalam periuk
Tambahkan jus limau kasturi dan biarkan masak.
Monday, August 16, 2010
Asam Pedas Ikan Pari Ala Belasah
Bahan-bahannya
Ikan pari
Cili kering
Bawang putih
Bawang merah
Bendi
Daun kesum
Bunga kantan
Garam
Minyak masak
Air
Sedikit gula
Asam jawa
Cara membuatnya
Basuh ikan dan toskan
Mesinkan cili kering, bawang putih dan bawang merah
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar
Bila dah pecah minyak, masukkan ikan
Biarkan ikan masak sikit kemudian masukkan air
Masukkan daun kesum, bunga kantan dan bendi
Masukkan garam dan sedikit gula
Bila bendi dah agak lembut, masukkan air asam jawa
Biarkan mendidih dan masak
Kemudian bolehlah dihidangkan
Thursday, August 12, 2010
Sambal Gesek Ala Belasah
Bahan-bahan
Lada api
Ikan bilis
Limau kasturi
Cara membuatnya
Lada api dan ikan bilis ditumbuk kasar
Masukkan ke dalam mangkuk
Perahkan limau nipis ke atas campuran tu.
Gaulkan rata.
Dah boleh makan.
p/s : hidangan untuk sahur hari kedua puasa
Fusilli Goreng Ala Belasah
Bahan-bahannya
Fusilli
Minyak masak
Daging kisar Ramly
1 biji capsicum hijau - potong dadu
1 biji capsicum merah - potong dadu
10 ulas cili kering - blend
1 labu bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih - 1 ulas cincang, 4 ulas blend dengan cili kering
1 batang lobak - potong dadu
1 tin cendawan butang - potong ikut suka
Cara membuatnya
Rebuskan fusilli sampai lembut, kemudian lalukan bawah air paip dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak
Panaskan minyak masak
Tumiskan bawang putih yg dicincang dengan bawang besar
Bila bawang dah layu, dah naik bau, masukkan cili kering yg sudah diblend dengan bawang putih
Bila dah naik minyak, masukkan daging kisar
Masakkan sampai nampak naik minyak
Masukkan lobak, sedikit air dan garam. Masakkan sampai lobak lembut
Kemudian masukkan cendawan, capsicum dan fusilli
Gaulkan sampai sebati dan tutup api
Fusilli goreng ala belasah dah boleh dimakan.
p/s : hidangan berbuka puasa hari pertama
Saturday, August 7, 2010
Patin Masak Tempoyak Ala Belasah
Bahan-bahannya
Seekor ikan patin
17 ulas cili api
2 ulas bawang merah (kecil)
4 ulas bawang putih
2 sudu besar tempoyak (nak pekat bubuh banyak)
2 batang serai
air secukupnya
Cara membuatnya
Ikan dipotong ikut suka, basuh bersih dan toskan
Tumbuk lumat cili api, bawang putih dan bawang merah
Titik serai
Masukkan semua bawang yang ditumbuk ke dalam periuk, masukkan serai dan tempoyak.
Masukkan air dan kacau sebati.
Hidupkan api dapur dan rebuskan.
Bila air rebusan menggelegak, masukkan ikan patin.
Masukkan garam dan biarkan sampai masak.