Wednesday, November 17, 2010

Kuah Lontong Ala Belasah



Haaaaa.... Arini masak kuah lontong ala belasah pulak. Percubaan pertama ni.


Bahan-bahannya

Santan (pakai segera punya je, senang)
Carrot
Kobis
Suhun
Cili kisar
Kiub ikan bilis
Udang kering
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup
Halia
Serai
Air
Garam
Minyak untuk menumis


Cara-caranya

Tumbuk bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, halia dan kiub ikan bilis. (kalau rajin sampai hancur. Saya malas, tumbuk ala kadar aje. Hehehehe)
Titik serai
Panaskan minyak dan masukkan campuran cili kisar, bahan tumbuk dan serai ke dalam minyak. Tumiskan sampai masak.
Masukkan santan dan tambah air.
Bila santan dah mendidih, masukkan carrot ngan kobis. (Sebenarnya banyak campuran sayur tp stok tade. Biasanya orang letak kacang panjang, sengkuang, udang basah skali)
Kalau sayur tak tenggelam, tambahkan air.
Tambahkan garam secukup rasa.
Last sekali, masukkan suhun dan bolehlah padamkan api.


Wednesday, August 25, 2010

Sosej Berlobak Masin Ala Belasah


Bahan-bahannya

Sosej ayam
Bawang putih
Bawang besar
Cili besar (hijau)
Lobak masin
Tomato ceri
Garam
Minyak masak

Cara membuatnya

Tumiskan bawang putih
Bila dah naik bau masukkan bawang besar dan cili besar
Masukkan lobak masin
Masukkan sosej yang telah dihiris
Biarkan sosej masak sekejap
Masukkan garam dan kacau rata
Masukkan tomato ceri
Biarkan tomato ceri layu sedikit
Angkat dan hidangkan

Sosej Goreng Halia Ala Belasah


Bahan-bahannya


Sosej ayam
Bawang putih
Bawang besar
Cili besar (hijau)
Tomato ceri
Halia
Sos tiram
Garam
Minyak masak



Cara membuatnya


Tumis bawang putih dan halia
Bila dah naik bau masukkan cili besar dan bawang besar
Masukkan sosej yang sudah dihiris
Masukkan sos tiram dan garam
Biarkan sosej masak
Masukkan tomato ceri dan biarkan layu sikit
Bolehlah diangkat dan dihidangkan

Tuesday, August 17, 2010

Nasi Goreng Kentang Dadu Masyukkkk Ala Belasah




Nasi goreng ni baru je masak. Masih panas di dalam kuali. ekeke...

Resepi dia mudah je. Ada kat bawah nih....

Nasi goreng kentang dadu masyukkk

Bahan2 :

Nasi
2 biji kentang dipotong dadu
seulas bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
ikan bilis - kisar
5 ulas cili kering - kisar
garam dan ajinomoto
minyak untuk menumis

cara2 :

1. Panaskan minyak dengan api sederhana.
2. Tumiskan bahan kisar sampai naik minyak.
3. Masukkan kentang. Biarkan sampai empuk. (nak cepat empuk, tutup la kejap)
4. Bila kentang dah empuk, masukkan garam dan ajinomoto secukupnya.
5. Masukkan nasi dan gaulkan rata.
6. Biarkan seketika dan nasi goreng sedia untuk dimakan.

Erm... Aku ni memang suka memasak la walaupun masakan aku tak sedap. Ekeke... Aku sebenarnya suka mencuba dan alhamdulillah setakat ni masakan aku menjadik je. Ada lagi sebenarnya yang aku teringin nak cuba tapi lum ada rezeki nak realisasikan. Aku teringin nak buat lamb chop. Nanti aku carik resepi dulu dalam internet pastu aku try buat. Ekeke...

Spageti Belasah Masyukkkk




Kuah spagetti ni takde la masam sangat. Okay la bagi tekak melayu. Aku pertama kali makan kuah macam ni kat umah Kaklong. Aku rasa sedap pulak. Tak masam tak pedas. sedang2 je rasanya. Aku pun tanya2 la kat Kaklong resepinya. Kata Kaklong senang sangat nak buat kuahnya. Kita cuma perlu bawang besar yang didadu, bawang putih yang dicincang, daging kisar, cendawan butang yang dalam tin pun dah ok dah, sos spagetti kimball dan sedikit air. Lepas tu lebur2 je la ramuan tu dalam kuali.

Masak Lemak Talapia Merah Ala Belasah




Resepinya senang je. Aku masak sumer resepi belasah. Asalkan sedap kat tekak aku jadi la.

Bahan2nya

Ikan Talapia - ikut suka nak berapa ekor.
Tomato - 3 biji (sebiji belah 4)
Kelapa - sebiji (perah amik santannya)
Cili api - 17 biji. (kalau nak pedas letak la lebih)
Serai - 2 batang
Kunyit
Garam

Cara2nya

1. Ikan dibasuh bersih dan digaulkan garam dan kunyit
2. Gorengkan ikan tersebut terlebih dahulu
3. Tumbukkan cili sampai lumat kemudian masukkan serai dan titikkan.
4. Masukkan cili serai ke dalam periuk dan tambahkan santan.
5. Biarkan mendidih atas api kecil.
6. Masukkan jugak kunyit ke dalam didihan santan untuk warna kuning.
7. Kemudian bila santan da agak pecah minyak masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
8. Masukkan garam secukupnya.
9. Kemudian bila kuah dah agak kurang, santan dah semakin pecah minyak maknanya
kuah dah betul2 masak, masukkan tomato.
10. Biarkan sampai tomato nampak lembut dan boleh la diangkat untuk dihidangkan.

Lempeng Bertelur Dan Sambal Bilis Ala Belasah




Tetiba je rasa teringin nak makan lempeng lepas tengok posting kekawan kat forum. Jadik, kat umah aku pun merajinkan diri ke dapur buat lempeng. Kebiasaannya, kalau orang buat lempeng, just guna tepung gandum, garam dan air je kan. Tapi aku punya lempeng, aku kasi tambah telur. Baru la lembut dan lemak rasanya.

Aku perturunkan resepi lempeng bertelur aku ni. Hehehe.....

Bahan2nya adalah.....

5 sudu makan tepung gandum
1 biji telur ayam ( tak kira la gred apa pun )
Cheese ( tabur atas lempeng selepas diangkat )
air untuk membancuh
garam secukup rasa
marjerin untuk menggoreng

Cara2nya adalah.....

Pecahkan telur dan masukkan ke dalam tepung.
Taburkan garam ke dalam campuran telur dan tepung.
Masukkan air sedikit demi sedikit ( bukan apa.. takut terlebih air, lembik lak nanti )
Panaskan kuali leper.
Cairkan marjerin atas kuali tersebut.
Canaikan bancuhan tepung di atas kuali.
Balik2kan agar sama rata masak ke dua2 belah. (gunakan api sederhana agar lempeng agak garing )
Bila lempeng dah masak, angkat dan letakkan di dalam pinggan.
Kemudian, taburkan cheese ke atasnya.
Akhirnya... boleh la dimakan bersama sambal bilis atau apa jua pencicah yang kita suka.

Senang je kan nak buat lempeng. Hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...